-APA adalah singkatan untuk American Psychological Association.
APA adalah singkatan untuk American
Psychological Association.
Format APA adalah satu set peraturan yang
dibangunkan untuk membantu seseorang itu
membuat rujukan bagi sesuatu bahan bacaan atau dokumentasi yang
digunakan oleh para psikologi dan ilmuan dalam pelbagai disiplin yang
lain. Selain
daripada satu set peraturan yang
dianggap sebagai mudah dan lebih teratur APA juga merupakan satu kaedah penulisan yang
paling kerap digunakan oleh
pelajar dan ilmuan di universiti sebagai panduan untuk penulisan mereka. Ini kerana, APA
format memanfaatkan gaya penulisan yang
sangat khusus dan
menitikberatkan aspek penampilan penulisan seperti margin, ruang dan jenis huruf.
Menurut laman sesawang American Psychological Association
Style, APA
format pertama kali
diperkenalkan pada tahun 1929
oleh sekumpulan pakar
psikologi dalam menbangunkan satu set prosedur untuk meningkatkan kemudahan pemahaman bacaan
(APA, 2009å, hal
xiii). Kumpulan ini menumpukan
pada pembangunan gaya
editorial yang mudah dan seterusnya membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat penting dalam dokumen
yang
ditulis. APA
digunakan untuk penulisan makalah, laporan kajian, tinjauan pustaka dan kajian kes. Tidak seperti gaya dokumentasi yang
lain, format APA
menumpukan pada unsur-unsur naskah yang
merupakan ciri khas untuk penulisan ilmiah. APA
juga mengandungi Peraturan untuk setiap aspek penulisan,
terutama dalam ilmu-ilmu sosial bagi menentukan kesahihan penulisan dan seterusnya mengelakkan plagiarisme dan membina rujukan
yang tepat.