Saturday, February 9, 2013

Hati pedih

hati ini masih segar mengingatmu..sesekali hati ini terluka dek perbuatanmu...kau pergi tanpa khabar...tiada sms ku...setiap hari ku lihat telefon jika ada sms darimu, pabila pulang saja kamu, diri ini dilupakan..khabarmu hanya diketahui jika kau berada berdekatan, itu pun semasa adanya aktiviti...semua kau layan tidak kira tua atau muda, senyumanmu umpama bulan sabit yang hanya muncul untuk seketika, kata2 mu membuatkan aku terpesona, ingin sesekali ku mencubit hati mu, namun cubitanku tidak memberi kesan padamu, ku jauhkan senyumanku dengan harapan kau pujuk atau kau ambil tahu, tetapi jauh sekali perasaan itu tiba...

hati ini masih mengingatkanmu...
ku teruskan hidup ini dalam kesepian..
termenung ku di koridor mengingati mu,
rupamu bak permata yg jarang dijumpai ..
matamu yg bulat memukau hati ku...
sesekali ingin ku tenung matamu ... ingin ku gapai mu supaya jadi milikku...
namun..
hadir mu hanya beberapa hari..
pulangmu untuk selamanya..
bertanya ku pada mu yg Allah,
bilakah aku akan bertemu lagi dengannya?
adakah dia takdirku?
apakah dia mengerti perasaanku...

pedihnya hati ini bila ketahui kamu menyukai yg lain,
cemburu ku pada dia yg menjadi pilihanmu..
walaupun jasad ku tidak sepadan denganmu,
ku sanggup buat apa saja demimu,
asalkan mu sudi menjadi penyeri hidup ini,


Hancur berkecai hati ini

No comments:

Post a Comment